Monday, February 28, 2011

sepak takraw

setiap orang mempunyai minat masing2 dalam bidang sukan,,  termasuk dengan diri aku sendiri. sukan yang paling aku minat dalam hidup aku adalah catur n sepak takraw. korang minat tak dengan sukan nie? sepak takraw lazimnya dimainkan oleh budak2 laki tapi sekarang budak perempuan pun dah ramai yang pndai main sepak takraw an ? seiring dengan peredaran zaman tak hairan lah ramai budak perempuan zaman sekarang ni power dalam sepak takraw. bagi aku sepak takraw sangat best kerana ia adalah satu permainan yang sangat menarik dan menguji fizikal dan mental. dan satu lagi permainan ni  hebat sangat2 bila killer melakukan rejaman, semua mata akaan tertumpu kepada killer yang melakukan rejaman tersebut.

Tuesday, February 22, 2011

our vote our secret

MENGUNDI ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA

adakah anda sudah berumur 21 tahun ?kalau sudah cukup tidakkah anda tahu anda sudah layak untuk mengundi di pilihan raya umum. mengundi adalah satu tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang berkaliber untuk memimpin kita semua dari akar umbi sehingga ke majlis tertinggi. ingat kalau kita tersalah memilih pemimpin, ia akan merosakkan masa depan rakyat dan boleh menghancurkan masa depan negara yang gemilang. jadi, ia adalah penting untuk kita semua memilih pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tinggi untuk memimpin kita semua. di negara kita terdapat banyak parti yang bertanding dalam pilihan raya umum. aku rasa korang semua dah tahu, jadi tak perlulah aku menyatakn parti mana yang ada dalam negara kita ni.






untuk makluman korang semua  pada pandangan aku pilihan raya adalah satu percaturan  hidup yang mana pertandingan merebut kerusi di parlimen atau dun adalah seperti perlawanan catur. ironinya, catur hanya perlawanan di antara 2 pihak tapi pilihan raya adalah di mana ramai parti yang bertanding. permainan catur adalah kuasa di tangan pemainnya sama seperti mengundi kuasa di tangan rakyat yang mengundi . jika pemimpin berjaya memenangi hati rakyat maka ia adalah satu kemenangan yang telah di capai. sebagai peringatan kepada pemimpin2 pada masa kini anda seharusnya ingat rakyat hari ini semakin bijak dan tahu di mana kekuatan dan kebolehan pemimpin. jadi seharusnya pemimpin pada masa kini tidak hanya menanam tebu di bibir, just pandai berkata2 dan bersandiwara di buana ini.








dalam banyak soalan tentang pilihan raya umum ni aku just nak tanya korang pernah tak baca, terbaca atau mengambil tau manifesto tentang parti2 yang korang sokong  dalam negara kita ni? kalau korang tak pernah ambil tau, mulai sekarang ni korang semua mesti mengambil tau serba sedikit tentang manifesto perjuangan parti2 yang ada dalam negara kita ni.





sebenarnya apa yang berlaku hari ni pada diri aku just berkaitan pilihan raya untuk memilih pemimpin di majlis perwakilan pelajar kat u aku je, tiada kena-mengena dengan pilihan raya umum pun, sorry r erk coz aku banyak mengarut tentang pilihan raya umum tadi. aku sebenarnya tidak mengikuti langsung tentang perkembangan pilihan raya kat u aku ni. aku tak sempat pun mendengar manifesto2 diorang tu. aku tak berminat dengan semua tu.aku pergi mengundi pun just untuk mendapatkan merit, air kotak dan roti yang telah disediakan.aku memilih pemimpin yang sememangya satu program dengan aku walaupun aku langsung tak kenal dengan diorang. lantak la diorang nak kempen apa pun yang penting diorang tak buat benda mengarut dan mengotakan apa yang diorang telah janjikan pada kitorang. bukan just janji melayu atau janji diana.. hahaha... whatever, yang penting  JANJI ROCK!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, February 19, 2011

pantai

aku adalah seorang yang suka sangat pergi pantai. korang pulak macam mane ? pantai adalah satu tempat yang sangat best untuk menenangkan fikiran di samping dapat menikmati udara yang sangat segar, ayat aku macam skima sangat erk ? sorry, aku bukannya sorang yang berbakat dalam bidang penulisan tapi aku memang seorang yang sangat suka menulis  bila aku rasa bosan atau aku rasa macam nak menulis, aku mintak maaf sekali lagi coz aku tak reti nak buat gaya penulisan yang hebat2 seprti penulis2 lain, yang aku tau menulis je, berbalik tentang pantai, semenjak aku jadi seorang love loser ni aku semakin kerap pergi pantai untuk menenangkan fikiran yang kacau dan mengimbau kembali kenangan silam antara aku dengan si dia pada satu masa dahulu,  aku juga suka melihat ragam pelbagai manusia kat pantai. ada macam2 jenis manusia yang aku lihat. aku suka sangat melihat pasangan kapel kat situ, jauh di sudut hati aku ingin mengulang kembali love story aku dengan seseorang yang special di hati aku satu ketika masa dahulu. aku ingin menikmati keindahan pantai sekali lagi dengan dia, tapi apakan daya aku semua itu tak mampu aku lakukan lagi kerana aku tetap akan begini, aku akan bekelana sendirian lagi. pernah juga aku teringin nak pikat awek lain tapi aku sedar siapa diri aku ini, aku seorang yang tak mempunyai bakat dalam bab2 pikat awek ni. aku pun atcely memang tak pandai nak takcle perempuan. aku rasa rendah diri sangat2. aku takut aku kena reject. malu bro. dan yang paling penting aku rasa tiada sebab untuk girl suka kat aku, nak kata aku hensem. jauh panggang dari api, duit? duit aku pun aku cukup2 makan je. so the simple words is i have nothing,

Followers