Saturday, June 4, 2011

NOKTAH CINTA MAT ROCK DAN NATASHA ADAWIYAH

kenapa malam ni sangat sunyi dan sepi? ataukah ini sekadar perasaan gua semata- mata. angin malam ni gua rasa sangat lembut dan sejuk bila berhembus ke muka gua.angin sepoi-sepoi bahasa kan (biar ribut taufan pun kan)  sering kali gua rasa sesuatu bermain- main di kepala gua yang tak cerdik ni. satu memori yang takkan gua lupa seumur hidup gua. pertama kali gua nak cakap ke sorang girl ni, i'm sorry damn much SHA. i had break my promise and make your tears keep coming. gua bukan sengaja sha, sesungguhnya gua nak cakap kat sha yang gua keliru dengan perasaan gua kat sha. gua tak tahu yang gua nie love u or not. mula-mula kita kenal dulu gua rasa macam sayang sangat kat sha. tapi lama-lama gua rasa hubungan kita ni macam satu kesalahan, yang pastinya bukan kesalahan sha tapi kesalahan gua. gua yang terburu-buru satu masa dulu. kalau lah gua sabar gua rasa hubungan kita takkan lebih dari seorang kawan tapi kenapa sha tidak menolak gua pada masa tu ? sampai sekarang gua tak tahu yang gua ni love u or not. sayang memang la rasa sayang coz sha terlalu baik dengan gua. tapi gua keliru dengan perasaan gua. dahla kita  jauh antara satu sama lain. sha, gua dulu selalu kena tipu ke girl, susah untuk gua percaya girl 100%. bukan bermakna gua tak percaya langsung kat sha tapi,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,




betul ke sampai sekarang sha ingat kat gua ? is it true i'm the only one in  your heart ? or sha sekadar nak sedapkan hati gua ? or sha memang tipu gua bulat-bulat ?? ingat sha gua dah banyak kali kena tipu, bukan mudah gua nak percaya semua tu. mesej n cakap dalam handphone semua orang boleh an.. try r datang sini kita cakap berdepan. ada berani tak sis ? hahahaha. macam gud2 je gua ni. aduyai.






kalau difikirkan dengan akal yang waras dan menggunakan neuron2 dalam kepala otak gua ni, gua rasa perpisahan kita ni satu kebaikan dan penyelesaian terbaik untuk kita. yela kan, daripada hari2 kita gaduh coz benda2 kecik n remeh temeh. kita selalu je gaduh benda yang sama kan, sha tak bosan  k ? or sha rasa suara gua best bila kita gaduh ? hahaha. kalau sha rasa macam tu takpela tapi gua sakit telinga bila dengar suara sha tengah marah. gua bukan apa sha, gua tak suka orang marah2 ni, tarik unsur2 negatif je dalam diri dan hilang kelembutan seorang wanita bila tengah marah, sha kan tau gua suka wanita yang lembut dan sopan. tapi gua tak kisah pasal tu dan bukan sebab tu jugak la kita berpisah kan. gua suka sangat bila sha cakap dalam keadaan biasa2 je, walaupun kadang dengar jugak la suara adik sha yang tak berapa sedap tu ( sempat lagi mengata erk),,,,,





satu yang gua nak sha tau yang gua rasa bertuah sangat ada awek macam sha satu ketika dulu.tapi gua rasa macam gua tak layak je untuk sha, bila dibandingkan keluarga sha n keluarga gua kita jauh berbeza. gua rasa kecik sangat sha. gua rasa terlalu rendah dan kerdil diri ini bila sha cakap nak memperkenalkan gua kat family sha dulu. gua selalu fikir macam mana penerimaan keluarga sha kat gua. gua dipandang hina atau diterima seadanya ?  macam mana kalau family sha tak suka gua ? ???  yang gua rasa selesa bila sha cakap jangan cakap pasal taraf kita semua sama je kan,, gua rasa sha berbeza dengan perempuan2 lain, sha tak materialistik n plastik (hahahaha) . tapi nie semua cerita lama kan, cerita ni dah lama berlalu.

hari tu sha cakap sha dah tak sanggup tunggu gua kan ? macam sia2 kan tunggu gua kan ? gua nak sha ingat gua tak mampu untuk menipu sha apatah lagi untuk mempermainkan sha. gua cuba untuk menjadi seorang yang sangat jujur dan berterus terang dalam setiap bicara gua dengan sha. dan yang pastinya gua tak tahu  tentang perasaan gua ni, ni jujur gua cakap kat lu. gua tak tahu lagi nak buat macam mana untuk mendapatkan kepastian ni. kadang2 gua rasa rindu kat sha nak sangat dengar suara sha n kadang2 gua rasa biasa je. terlalu bodoh diri ini yang tak mapu menilai cintamu.........



 



semalam, sha beritahu sesuatu kat gua kan ? gua tak tahu nak cakap tu berita baik atau berita buruk. sha cakap sha mencari  pengganti untuk melupakan diri gua yang selama ni tersemat kuat di hati sha. atau lebih tepat lagi sha menerima lamaran lelaki tu kerana tak sanggup untuk terus menunggu dan terluka kan, gua tak marah sha bahkan gua bersyukur kerana lepas ni sha akan kembali ceria dan bahagia dengan lelaki lain coz i have nothing to u sha.  gua tak mampu untuk membahagiakan dirimu yang terlalu baik dengan gua. walaupun jauh di lubuk hati gua rasa sedikit kecewa. mungkin sebab tercalar  keegoan kot...( padan muka kau sape suruh kau lepaskan dia).. gua harap sha akan menemui kebahagiaan yang didambakan bersama dengan si dia..sekali lagi i'm sorry sha. gua selalu mendoakan kebahagiaan sha coz doa gua selalu mengiringi perjalanan hidup mu. kalau kita ada jodoh mungkin kita akan ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi kerana cinta tiada akhirnya.


Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Followers