Monday, May 23, 2011

CUTI- CUTI DI RUMAH

Cuti adalah perkara yang paling best bagi insan pemalas macam gua ni. cuti mmg best giler tak percaya tanya gua. hahahaha.. gila punya orang. gua bersyukur sangat coz dilahirkan di malaysia yang aman damai lagi harmoni ni. malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dan semakin meyakinkan pelabur2 asing untuk melabur di sini. (wah, promote negara sendiri nampak) mestila bro.. secara georgrafinya malaysia terletak di luar lingkaran api pasifik. of course tak de letusan gunung berapi kan. so ? korang tak bangga  ke dilahirkan di bumi bertuah ni? gua bangga kerana gua orang malaysia menjunjung penuh kasih tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang patriotik dan setia. gua membawa panji2 malaysia di persada dunia. tengokla nanti. ( betul ke aku yang cakap camnie? just cakap je nie dont take seriously please). sorry r der gua melalut sampai kat shah alam padahal gua duk kat terengganu je. maaf ye pak.



alkisah pasal cuti ni, actually malaysia banyak cuti umum kan ? banyak peristiwa yang menyebabkan cuti. for the example, hari raya puasa dan haji, hari keputeraan, hari raya cina, and banyak lagi kalau korang nak gua  list kat  sini, mati r gua der, kalau korang nak tau juga korang tanya la pak cik google tu. dia tu banyak information,  hahahaha.


cuti semester kali ni  sungguh membosankan la. gua just duk  kat rumah tak pergi mana2 pun. aduyai bosan gilerrrrrrrrrrr, just makan, tidur online facebook and taggged, tengok movie yang dah banyak kali tengok dan dengar lagu kuat2. aktiviti ini sungguh membosankan jiwa coz ia amat tidak mendidik sukma gua. hampir sebulan der buat benda sama. boring ?? of course laaaaaa, ada ke tanya soalan bonus macam tuuuuuuu,,,


semua tu ok la gua boleh terima dengan hati terbuka dan berlapang dada tapi satu hal ni je gua rasa macam nak tercabut telinga gua hari2. nenek gua selalu bising pagi2 coz gua bangun lewat, tidur tak ingat dunia. gua bukan apa dah tidur memang la tak ingat dunia. furthermore kalau masa tu mimpi best lagi r lena. gua bagitau la kat nenek gua ( gua panggil mak). mak oh mak, orang dah 5 tahun duk kat  sekolah asrama dulu selalu bangun pagi and 2 tahun duk kat u, pun kena bangun pagi2, apa salahnya cuti2 camni orang bangun lewat. kan kan kan ? kesian la cucu mu nie.. aduyai. (sambil wat muka kesian). gua ingatkan mak gua setuju dengan gua tapi kena lecture lagi, dia cakap. kau bila kau dah kerja and kahwin nanti kalau kau buat perangai macam nie aku rasa kau kena sepak kat bini kau. gua pun balas tak nak mengalah (dasar cucu kepala batu) mak, kenapa jauh sangat mak fikir ni orang baru 20 tahun still belajar lagi kerja tak de lagi. kekasih hati jauh sekali. kalau dah kahwin nanti orang berubah laaa kan nanti dah ada tanggungjawab, sekarang nie cuti orang nak berehat2 dulu dan bersenag2 kemudian. soal bini sepak tu, tak mungkin la mak coz orang nak cari bini pandai main bola jaring or ping pong je bukannya pemain bola sepak professional. at least kena cubit2 sayang or tampar2 manja. hahahahahahaha , gua tau mak gua mesti panas masa tu dengar jawapan gua, terus dia pergi ke dapur sambil kepala di bangingkan. ( sorry mak gua tak nak jadi anak derhaka macam tanggang). then, gua tak tunggu lama, gua sambung balik kerja gua mencari dan memburu mimpi indah di atas katil murah yang menunggu masa untuk menyembah bumi. hahahahaha

Followers