Tuesday, October 6, 2009

my girlfriend nine tail fox

ini adalah satu drama korea yang aku minat. cerita nie best sangat2 coz bagi aku plot ceritanya yang menarik dari satu episod ke satu episod. aku tak tahu kenapa bila aku tengok cerita nie aku teringat ke bekas awek aku dulu yang bernama farah edayu. aku hairan bin ajaib kenapa aku boleh teringat kepada dia padahal tiada persamaan pun dengan watak tersebut. mungkin disebabkan akau rindu kat dia kot. tapi kenapa ??? sedangkan aku dah lama berpisah dengan dia. cerita cinta kami dah lama menemui jalan mati dan berkubur di pusara air mata yang tersembunyi satu noktah cinta. kenapa aku jadi macam ni ? adakah disebabkan cinta aku terhadap dia yang belum terhapus dan kembang mekar dalam lubuk  hati aku yang paling dalam. atau mungkin watak lelaki itu yang tak menyedari yang cinta  awek dia tu padahal dia sangat mencintai perempuan tu. adakah sama seperti aku yang tak menyedari cinta farah satu ketika dahulu ?  adakah disebabkan itu aku teringat kat farah yang pernah dulu menghiasi hidup aku dengan warna warni yang tak pernah aku lupa sampai hari ini. tapi perbezaannya aku dengann lelaki dalam drama tu dengan aku ialah lelaki itu cepat tersedar berbanding aku yang lambat menyedari  tentang perkara tersebut. dan lelaki itu telah membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya berbanding aku yang  lambat dan membuat satu kesilapan yang amat besar dalam hidup aku. aku telah meninggalkan perempuan yang amat aku sayangi, terkapai2 sendirian. kenapa aku begitu bodoh pada masa tu? kenapa aku tidak menyedari semua itu pada masa itu ? aku pening dan aku bingung sebab aku persoalan aku itu tidak dapat aku fikirkan dengan tepat. tapi aku rasa jawapan yang amat sesuai ialah kerana aku seorang yang  tidak menghargai cinta farah pada masa tu,,,

No comments:

Post a Comment

Followers