Sunday, April 17, 2011

senyum itu penawar

mulut bermadu manis berbicara
kadang kala ada yang terasa
kadang kala bicara bersulam dusta
sehingga ada hati yang terluka
kata orang mata itu tulus
pandangan mata tak pernah menipu
tapi sayang bila mata tu tertipu
terpaksa menanggung 1001 malu


Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi



SENYUM,, perkataan yang sudah lali dari aku kecik sampai sekarang ni, orang tua2 cakap senyum tu penawar. betul ke? tak kot,,,,, betul la,,, x betul la,,, betul la,, persoalan ni selalu berlegar2 dalam kotak pemikiran aku yang amat sempit ni..korang rasa betul ke x ? kalau betul sila angkat tangan sambil buat lambang rock..kalau tak betul buat peace je,,, hahaha,,nevamind, mak aku cakap senyum tu penawar kedukaan. penawar lara dan bila senyum of course dapat pahala an an an. murah pahala bila kita senyum,, pahala free katakan, bergolek2 je masuk akaun amalan kita. tapi ingat senyuman je tak menjamin kita boleh check in syurga sesuka hati( statement budak tak sekolah). mak aku pesan lagi, die cakap senyum tu tak susah, senang je. bagi yang susah untuk senyum boleh praktikkan cara ni, ia amat sesuai lagi bernas dan boleh diamalkan oleh stiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina, georgrafi, sejarah keturunan atau yang seumpama dengannya.

cara untuk mendapatkan senyuman manis
1. lihat tangan kanan anda dengan teliti kemudian fokuskan kepada jari telunjuk dan jari tengah ( pesanan tv10 jangan buat lambang f**k kerana ia dilarang sama sekali) and then angkat tangan anda slow2 dengan kelajuan 1 meter 10 jam.
2. letak jari anda dekat mulut di kiri dan kanan mulut. ( pesanan pakar pastikan gigi digosok terlebih dahulu untuk hasil yang memberangsangkan). kemudian renggangkan jari2 anda tadi. lakukan di depan cermin aku pasti hasilnya sangat menakjubkan dan sila ulang 1000 kali dalam 1 minit.

just 2 step korang semua boleh tersenyum manis-semanisnya. kalau korang tak percaya korang boleh cuba dan dapatkan informasi terkini di kedai buku yang berdekatan. hahahaha... aku ada satu pesanan. bila korang dah berjaya nanti korang jangan sesekali lupakan aku tau, jangan gunakan untuk tujuan yang tidak baik(jangan senyum kat wife orang kan lebam bijik mata) dan yang paling penting jangan senyum sorang2. aku dah tak tau nak tulis apa lagi tentang senyum. aku akhiri bab senyum ni dengan bait2 lagu yang aku like giler.

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu  berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan 
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan  menguntum



(kalau salah lirik aku mintak maaf banyak2 dan kalau nak lagu penuh sila layari youtube.)

No comments:

Post a Comment

Followers