Saturday, February 19, 2011

pantai

aku adalah seorang yang suka sangat pergi pantai. korang pulak macam mane ? pantai adalah satu tempat yang sangat best untuk menenangkan fikiran di samping dapat menikmati udara yang sangat segar, ayat aku macam skima sangat erk ? sorry, aku bukannya sorang yang berbakat dalam bidang penulisan tapi aku memang seorang yang sangat suka menulis  bila aku rasa bosan atau aku rasa macam nak menulis, aku mintak maaf sekali lagi coz aku tak reti nak buat gaya penulisan yang hebat2 seprti penulis2 lain, yang aku tau menulis je, berbalik tentang pantai, semenjak aku jadi seorang love loser ni aku semakin kerap pergi pantai untuk menenangkan fikiran yang kacau dan mengimbau kembali kenangan silam antara aku dengan si dia pada satu masa dahulu,  aku juga suka melihat ragam pelbagai manusia kat pantai. ada macam2 jenis manusia yang aku lihat. aku suka sangat melihat pasangan kapel kat situ, jauh di sudut hati aku ingin mengulang kembali love story aku dengan seseorang yang special di hati aku satu ketika masa dahulu. aku ingin menikmati keindahan pantai sekali lagi dengan dia, tapi apakan daya aku semua itu tak mampu aku lakukan lagi kerana aku tetap akan begini, aku akan bekelana sendirian lagi. pernah juga aku teringin nak pikat awek lain tapi aku sedar siapa diri aku ini, aku seorang yang tak mempunyai bakat dalam bab2 pikat awek ni. aku pun atcely memang tak pandai nak takcle perempuan. aku rasa rendah diri sangat2. aku takut aku kena reject. malu bro. dan yang paling penting aku rasa tiada sebab untuk girl suka kat aku, nak kata aku hensem. jauh panggang dari api, duit? duit aku pun aku cukup2 makan je. so the simple words is i have nothing,

Tuesday, December 28, 2010

buat seorang kekasih (F.E)

oh sepi terasa
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
kerana dialah kekasihku
Dan di saat ini
ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku
Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama
Kita merancang, Tuhan tentukan
Tiba masanya
Kau pergi..
Tak kembali
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu
Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu

28 december 2010

kawan2 aku kat kampung makin maju la,, hari ni je aku pergi teman kawan aku potong rambut,, siap buat line lagi, ceh, katanya style baru,  macam gangster je aku tengok. tapi tak pe la fesyen katanya,  yang aku nak gelak amoi kat kedai gunting rambut tu pujuk aku suruh aku rebonding rambut aku, hahaha,,,, aku cakap kat amoi xpe la aku tak minat. nanti aku rebonding sendiri.  siap gunting rambut kitorang pergi jalan2 cuci mata kat tengah jalan raya. kitorang bukan apa coz dah bosan cuci mata kat taman kat jalan raya pon jadi la. yang paling best  hari ni ialah arsenal menang 3-0 ke atas chelsea. arsenal telah mencalarkan keangkuhan chelsea. aku bangga dengan team arsenal. pasukan yang aku sokong dari aku sekolah rendah lagi.

Saturday, December 25, 2010

25/12 2010

hari nie hari sabtu ( semua orang dah tau) tapi tak pe la aku nak beritahu jugak, hari ni pun hari yang biasa dalam hidup aku tak de perkara yang menarik pun berlaku, bangun tidur je terus kena marah,, mood pun jadi x on je,, aduyai. aku tau la yang aku ni seorang yang tak berguna dalam keluarga tapi janganlah marah2, kecik hati den,, hahaha,,,menyampah aku,,kadang2 aku terfikir jugak kenapa aku ni seorang yang agak tidak berguna. aku memang betul tak berguna atau aku je yang fikir macam tu, padahal aku seorang yang sangat berguna (syak sendiri). kebanyakan ahli keluarga aku cakap aku ni seorang yang super pemalas. betul ke ? aku pun tak tahu tapi betul kot yang aku nie seorang sangat pemalas. pemalas sangat ke aku ni?  setelah aku fikir hampir 1000 kali, memang terbukti aku ni seorang yang agak pemalas. aku  malas bangun pagi, malas basuh pinggan, malas basuh baju dan malas study tapi aku sangat rajin kalau bab2 makan,,hahahaha,,sebab makan tu sedap la, nikmat tu. aku bersyulur sangat walaupun aku ni kuat makan tapi body aku maintain je. maybe sebab dah keturunan kot, hahaha,,hari ni best coz permainan sepak takraw kat kampung aku kembali mengganas. auranya dah kembali menghangatkan kampung aku. walaupun kitorang tak dapat mewakili malaysia dalam sukan ni tapi semangat kitorang mengalahkan pemain2 malaysia, tak percaya tanyalah aku. tapi aku rasa aku sorang je lemah semangat coz aku  tahap permainan aku teruk lagi, aku dah try upgrade kan keupayaan aku tapi still tak meningkat lagi, tak pe aku akan terus berusaha dan berusaha untuk menjadi seorang pemain takraw yang terbaik.apit kiri yang terbaik.aku akan buktikan satu hari nanti yang aku akan jadi seorang pemain yang digeruni lawan, ceh, nampak cam semangat je aku kan tapi hakikatnya aku memang seorang pemain yang low class,,,

Sunday, December 19, 2010

xy

sepi,,, dan sepi dan terus sepi,,,,,,aku kecewa dengan diri aku sendiri,, aku tak berguna,,,aku tak tahu apa yang aku tengah buat sekarang ni, aku rasa aku semakin hilang arah tujuan aku semakin hilang fokus terhadap kehidupan yang aku lalui sekarang ni,, aku macam orang gila,, sakit jiwa and sakit mental sakit segala2nya,,,kenapa aku rasa kosong je dalam hidup ni, aku tak tahu apa lagi yang tak cukup,, aduh, sakit pedih  dan sedihla,,,

Tuesday, December 14, 2010

love loser

why did u say love me
then u leave me alone
why did u say u need me
then u throw me behind
u make me dancing in the rain
with pain that bleeding inside
u make me smile then u make me cry
i'm dancing in the rain
without love with no trust,

Wednesday, December 8, 2010

today

mengapa hari-hari cuti macam ni sungguh membosankan, aku betul2 seorang love loser. hahahaha. tidur lepas subuh bangun pukul 3, ada tak sesiapa yang kat luar sana macam aku nie,? bangun tidur tengok jam, lepas tu ambik handset tengok ada mesej or miss call ke tak, lepas tu mandi, sembahyang,  and then makan,, n then buka tv tengok cerita,, kalau tak de cerita best tutup tv   n surf internet tengok notification kat FB,, tak pun buka tagged youtube n yang paling best baca pofil orang kat wikipedia,,

Followers